Khamis, 29 Disember 2016

Mengapa, Kenapa Harga Tiket Kapal Terbang / Pesawat Mahal?

“Mahal lah naik kapal terbang.” 

“Tiket kapal terbang mahal.” 

“Kot tak sebab hal emergency, takkan aku naik kapal terbang, mahal!;” 

Itu sungutan biasa yang kita dengar apabila tiba kepada isu – naik kapal terbang. 



Okay, kenapa kos untuk ‘terbang’ ataupun menaiki kapal terbang ini mahal? Ada yang kata, sebab minyak kapal terbang mahal! Oh, tidak! Kos minyak sebuah pesawat, tidaklah semahal yang disangka. Kalau tak mahal, murahlah minyak kapal terbang? Errr… anda tonton video ini dan nilaikan sendiri, mahal ke murah minyak kapal terbang. 



Selain kos minyak kapal terbang, ada beberapa kos lagi yang perlu diambil kira sehingga harga tiket kapal terbang menjadi mahal. Antaranya ialah; Kos di lapangan terbang, berbagai-bagai jenis cukai dan harga kapal terbang itu sendiri 



Sebagai contoh, pesawat Airbus model A320 yang digunakan syarikat penerbangan Air Asia berharga USD 98.0 juta (hampir RM 440 juta) sebuah. Sedar ataupun tidak, duit untuk membayar harga kapal terbang tersebut terselit di dalam tiket kapal terbang yang anda beli itu. Berapa jumlahnya, ada ditunjukkan di dalam video di bawah ini. 



Selain itu kos maintenance ataupun penyelenggaraan kapal terbang, insurans dan kos operasi syarikat penerbangan itu sendiri juga turut dimasukkan ke dalam setiap keping tiket kapal terbang yang dijual. 



Setiap kos yang dinyatakan di atas, diperincikan satu-persatu dengan cara yang ringkas. Selepas ini anda mungkin ada idea mengapa agaknya harga tiket kapal terbang mahal. 

Selamat menonton & terima kasih. 

 

Sumber : youtube & https://mudabahaya.com/2016/05/26/nak-beli-kapal-terbang/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan